Sampah cemari keindahan taman

Sampah cemari keindahan taman

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Keindahan taman di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau telah dicemari longgokan sampah sarap yang dibuang merata-rata sekitar taman tersebut.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu sudah tentu merosakkan imej perkampungan baru yang menempatkan empat ribu buah rumah.

Salah seorang penduduk kawasan perumahan berkenaan, Awang Nazrie Saie ketika ditemui melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab melonggokkan sampah di kawasan berkenaan.

“Tempat membuang sampah serta perkhidmatan pembuangan sampah ada disediakan. Jadi, janganlah dicemari taman ini dengan sampah sarap,” tegasnya.

Sampah sarap yang menyakitkan mata memandang di sekitar taman riadah RPN Kampung Panchor Mengkubau.
Sampah sarap yang menyakitkan mata memandang di sekitar taman riadah RPN Kampung Panchor Mengkubau.

Salah seorang ahli jawatankuasa bazar juga menjelaskan, kempen kebersihan sudah dua kali diadakan, malah papan tanda pun ada dipasang di kawasan tersebut tetapi tidak diendahkan.

Selain itu, perkhidmatan pembuangan sampah ada disediakan dan tempat pembuangan sampah khas telah disediakan oleh pihak yang berkenaan.

Sehubungan itu, penduduk kampung diseru untuk bekerjasama menjaga kebersihan kampung terutama di taman riadah itu.

ARTIKEL YANG SAMA