Sampah Kanada dihantar ke Filipina

Sampah Kanada dihantar ke Filipina

MANILA, 14 Julai (AFP) – Bertan-tan sampah Kanada yang diimport telah dihantar ke tempat pelupusan sampah di utara Filipina, menamatkan ketegangan dua tahun bersama aktivis yang menyeru agar sampah itu perlu dikembalikan ke Kanada, menurut pegawai hari ini.

Sebanyak 55 buah kontena yang dipenuhi dengan sampah domestik itu telah dirampas di pelabuhan Manila pada pertengahan 2013 yang pada asasnya, sampah itu telah dikatakan sebagai bahan sekerap plastik untuk dikitar semula.

Biro Kastam negara itu pada awalnya melabelkan sampah berkenaan ‘barang gelap’, namun kedutaan Kanada mengatakan kerajaan Filipina kemudian bersetuju untuk ‘menghapuskan penghantaran itu dalam cara yang lebih mesra alam sekitar yang sejajar dengan undang-undang dan peraturan.”

“Kerajaan Kanada telah bekerjasama rapat dengan kerajaan Filipina berkaitan dengan pengiriman itu,” kata kedutaan Kanada di Manila dalam satu kenyataan.

Trak-trak mula mengangkut sampah yang dianggarkan seberat 1,375 tan ke tempat pelupusan kira-kira tiga jam memandu ke utara Manila lewat Jun.

Pasukan penghapusan telah diarahkan untuk menyelesaikan penghantaran sampah yang selebihnya kemudian, menurut operator pelupusan dan Biro Kastam.

Para aktivis masih lagi marah yang sampah itu telah dihantar ke tempat pelupusan di Filipina, daripada sebaliknya dihantar pulang ke Kanada.