Sampah terbiar, salah siapa?

Sampah terbiar, salah siapa?

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – Komplek Muhibah, Kampung Menglait di Jalan Gadong sudah menjadi seperti tempat pembuangan sampah, di mana longgokan sampah sarap setiap hari semakin bertambah sungguhpun terdapat papan tanda amaran yang berbunyi:

“Jangan buang sampah di sini. Sesiapa yang membuang sampah di sini kamu dalam perhatian CCTV dan kamu akan dilaporkan ke jabatan yang berkenaan atau pihak polis.”

Namun begitu, sampah masih terbiar dan siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Memang sukar untuk mendidik masyarakat bagi mematuhi peraturan.

Setidak-tidaknya, golongan dewasa patut merasa malu pada kanak-kanak yang masih di pra-sekolah seawal usia lima tahun yang tahu dan mengamalkan membuang sampah di tempat yang betul. – Norizan Murshid

Keadaan sampah sarap yang dilonggokkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Keadaan sampah sarap yang dilonggokkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

pg06_160204_e

ARTIKEL YANG SAMA