Sampaoli: Adios Chile

Sampaoli: Adios Chile

SANTIAGO, 20 Jan – Jorge Sampaoli meletak jawatan sebagai jurulatih Chile enam bulan selepas memenangi Copa America, Persekutuan Bolasepak Chile (ANFP) mengesahkan semalam.

Pengesahan mengenai peletakan jawatan pengurus dari Argentina itu sebagai bos La Roja itu muncul lima hari selepas persekutuan mengumumkan perbincangan mengenai masa depannya yang tidak terjamin.

Sampaoli meninggalkan jawatan itu seminggu selepas kecewa kerana mendakwa persekutuan itu menahan klausa pembeliannya bernilai 5.5 juta euro dalam kontraknya yang masih berbaki dua tahun lagi.

Dia juga berang dengan laporan media tempatan yang mengaitkannya dengan penghindaran cukai dan memegang akaun bank luar pantai. Persekutuan itu mengesahkan pelepasannya dalam satu kenyataan.

Sampaoli (kanan) and presiden ANFP, Arturo Salah, selepas mengadakan pertemuan di Santiago, kelmarin. - Reuters
Sampaoli (kanan) and presiden ANFP, Arturo Salah, selepas mengadakan pertemuan di Santiago, kelmarin. – Reuters

“Persetujuan telah dicapai antara persekutuan bola sepak profesional kebangsaan dan Jorge Sampaoli untuk menamatkan hubungan kontrak mereka,” katanya.

Calon-calon yang akan menggantikannya juga melibatkan pesaingnya, Marcelo Bielsa, yang belum memiliki sebarang pekerjaan sejak keluar dari Marseille awam musim Ligue 1 di Perancis, yang akan kembali ke jawatan yang dipegangnya antara 2007-2010.

Nama lain dalam rangka perbincangan persekutuan itu adalah Eudardo Berizzo, pengurus pasukan Celta Vigo dalam La Liga Sepanyol.

Di samping kelayakan bagi Piala Dunia 2018, Chile juga bersedia mempertahankan gelaran mereka pada Copa Centenario di Amerika Syarikat lewat tahun ini. – AFP