Sampaoli tetap waspada

Sampaoli tetap waspada

SANTIAGO, 5 Julai (Reuters) – Chile mengorak satu langkah besar ke hadapan dengan memenangi Copa America buat kali pertama tetapi masih berhempas pulas untuk layak ke Piala Dunia akan datang, jurulatih Jorge Sampaoli meramalkan semalam.

Tuan rumah memenangi mahkota kemegahan Amerika Selatan buat kali pertama selepas menewaskan Argentina 4-1 menerusi penentuan penalti sebaik sahaja perlawanan berakhir 0-0 selepas 90 minit dan masa tambahan.

“Apabila anda menang sesuatu kejohanan yang penting, mereka akan mula bermimpi tentang masa depan tetapi kelayakan Piala Dunia benar-benar tiada kaitan dengan kejayaan ini,” Sampaoli berkata.

“Ia akan menjadi benar-benar sukar, benar-benar kompetitif dan ada pasukan yang banyak berkembang di Copa America dan mereka akan menjadi sangat kuat.

“Kami tidak akan mempunyai kelebihan sebagai rumah (pada kelayakan Piala Dunia), kami kadang-kadang akan bermain pada ketinggian dan akan pergi ke beberapa tempat yang sukar.”

“Idea perlawanan ini adalah untuk meneutralkan pemain penting mereka termasuk pemain terbaik di dunia.

“Saya yakin jika Argentina mendapat peluang untuk menguasai, Messi akan menunjukkan dia adalah pemain terbaik dunia.

“Sekali kalah dan tewas final tidak akan mengubah apa-apa tentang Lionel Messi,” Sampaoli berkata.

ARTIKEL YANG SAMA