Sampdoria seri 1-1 dengan Chievo

Sampdoria seri 1-1 dengan Chievo

ROM, 3 Nov (dpa) – Penjaring gol teratas Serie A, Eder menghasilkan gol tunggal untuk Sampdoria dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 degan Chievo semalam yang mengekalkan pasukan itu di tempat kesembilan.

Eder, pemain antarabangsa Itali berasal dari Brazil, pada minit kelapan mengawal bola hasil hantaran Carlos Carbonero di kotak penalti sekali gus merembat masuk bola daru sudut kiri yang gagal diselamatkan penjaga gawang Chievo Albano Bizzarri.

Gol kesembilan Eder itu meletakkannya teratas dalam carta jaringan mengatasi pemain Napoli, Gonzalo Higuain tatkala Sampdoria meningkatkan kutipan mata kepada 16 dari sejumlah 11 perlawanan.

Pasukan itu mengatasi satu mata berbanding Juventus, yang kini agak kurang memberangsangkan persembahan mereka.

Pemain hadapan Sampdoria, Citadin Martins Eder (kanan) merembat masuk gol untuk Sampdoria dalam perlawanan Serie A menentang Chievo di Stadium Bentegodi di Verona, Itali, pada 2 November 2015. – Agensi
Pemain hadapan Sampdoria, Citadin Martins Eder (kanan) merembat masuk gol untuk Sampdoria dalam perlawanan Serie A menentang Chievo di Stadium Bentegodi di Verona, Itali, pada 2 November 2015. – Agensi

Roberto Inglese menyamakan kedudukan bagi Chievo pada minit ke-34, menyudahkan hasil hantaran serangan balas Riccardo Meggiorini sekali gus menjadi gol pertamanya musim ini.

Empoli pula naik ke kedudukan 14 selepas berjaya menumpaskan Palermo 1-0.

Sehubungan itu Palermo kekal dengan 11 mata dan menduduki agak jauh dari tiga pasukan di zon penyingkiran.

ARTIKEL YANG SAMA