Sampul Angpau unik SUPP bawa mesej

Sampul Angpau unik SUPP bawa mesej

KUCHING, 8 Feb – Sokongan terhadap kepimpinan serta pembaharuan yang dibawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Dasar pembaharuan dan pembangunan diperkenalkan Adenan telah memberi idea kepada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk memperkenalkan lima reka bentuk sampul angpau yang membawa mesej tentang apa yang telah dilakukan beliau sejak memimpin Sarawak pada Februari 2014.

Presiden SUPP Datuk Prof Dr Sim Kui Hian berkata dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Adenan wajar dihebahkan kepada rakyat dan kali ini parti itu mengambil inisiatif dengan memaparkannnya pada sampul angpau.

“Lima reka bentuk pada sampul angpau ini membawa tema berbeza. Lima tema berkenaan ialah ‘English Official Language for Sarawak’ (Bahasa Inggeris Bahasa Rasmi Sarawak); ‘Peace and Harmony Society’ (Masyarakat Aman dan Harmoni); ‘Fighting for Sarawak’s Rights under Malaysia Agreement 1963’ (Memperjuangkan Hak Sarawak Di Bawah Perjanjian Malaysia 1963); ‘Combat Illegal Logging’ (Memerangi Pembalakan Haram) dan ‘UEC Recognition and Annual Financial Allocations for Independent Schools’ (Pengiktirafan UEC dan Peruntukan Kewangan Tahunan Untuk Sekolah Persendirian),” katanya kepada Bernama.

Karakter Adenan yang memakai baju berwarna biru turut dipaparkan pada tiga daripada lima reka bentuk sampul angpau berkenaan.

Senator Datuk Prof Dr Sim Kui Hian menunjukkan sampul-sampul angpau istimewa sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di kediamannya di Kuching, yang memaparkan dasar-dasar pembaharuan yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sejak memimpin kerajaan Bumi Kenyalang ini. – Bernama
Senator Datuk Prof Dr Sim Kui Hian menunjukkan sampul-sampul angpau istimewa sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di kediamannya di Kuching, yang memaparkan dasar-dasar pembaharuan yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sejak memimpin kerajaan Bumi Kenyalang ini. – Bernama

Di bahagian belakang setiap sampul berkenaan ditulis ‘Sarawakians Support CM (SSCM) (Rakyat Sarawak Sokong KM).

“Selain diedarkan secara percuma, sampul ini juga dijual,” kata Dr Sim. – Bernama