Sampul Hari Raya ‘mata wang’ ditegah

Sampul Hari Raya ‘mata wang’ ditegah

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Penggunaan sampul surat Hari Raya yang mempunyai gambar mata wang dan duit syiling Negara Brunei Darussalam merupakan satu kesalahan dan boleh membawa hukuman denda atau penjara tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka (AMBD) mendapati ada gambar yang disebarkan melalui pesanan ringkas mengenai dengan sampul surat hari raya menggunakan reka bentuk matawang Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, AMBD mengingatkan orang ramai bahawa di bawah Bab 21(1), Perintah Matawang, 2004, adalah menjadi kesalahan untuk membuat, menjual, mengeluarkan atau mengedarkan apa jua barangan atau produk yang mempunyai gambar matawang dan duit syiling Negara Brunei Darussalam dalam apa jua saiz, skala ataupun warna, termasuk penggunaannya dalam sebarang iklan, tanpa kebenaran AMBD.

Bagi sebarang pertanyaan, maklumat lanjut, atau laporan, mengenai matawang Negara Brunei Darussalam, orang ramai boleh menghubungi pihak AMBD di talian 2382186 atau melalui emel info@ambd.gov.bn

ARTIKEL YANG SAMA