Samsonite beli pembuat bagasi mewah AS

Samsonite beli pembuat bagasi mewah AS

HONG KONG, 4 Mac (AFP) – Syarikat bagasi Samsonite hari ini mengatakan ia akan membeli pembuat beg mewah Tumi dari Amerika Syarikat (AS), dalam satu perjanjian bernilai AS$1.8 bilion yang penganalisis katakan akan memberi firma itu pegangan kukuh dalam pasaran mewah China.

Dalam satu kenyataan kepada bursa Hong Kong, tempat ia disenaraikan lima tahun lalu, Samsonite mengatakan ia akan membayar AS$26.75 satu saham bagi firma itu – satu pertiga daripada nilainya pada Rabu sebelum pembelian saham disuarakan.

Samsonite, yang menyaksikan sahamnya meningkat 1,27 peratus kepada HK$24 ($3.09) pada penutupan berikutan pengumuman itu, mengatakan Tumi adalah ‘strategi yang cukup sempurna’ bagi perniagaannya.

“Ini adalah pemilikan transformasi bagi Samsonite. Ia akan perkembangan paling bermakna bagi kehadiran kami dalam segmen premium dalam perniagaan beg global yang menarik ini,” kata ketua pegawai eksekutif Samsonite, Ramesh Tainwala dalam satu kenyataan berasingan.

Seorang pekerja berjalan melintasi beg-beg di sebuah kedai bagi syarikat bagasi Samsonite di Hong Kong pada 4 Mac. – AFP
Seorang pekerja berjalan melintasi beg-beg di sebuah kedai bagi syarikat bagasi Samsonite di Hong Kong pada 4 Mac. – AFP

Penganalisis kewangan Jackson Wong dalam firma pembrokeran kumpulan Simsen Financial memberitahu AFP bahawa pembelian itu adalah ‘satu langkah bagus’.

“Tumi adalah nama jenama premium….nama berprestasi tinggi yang akan meningkatkan imej jenama mereka,” kata Wong, pengarah bersekutu Simsen, memberitahu AFP.

“Orang China suka membeli Samsonite. Bagaimanapun beberapa tahun yang lalu mereka telah membeli bagasi mewah, dan oleh itu mereka cuba untuk menjadi lebih terkenal.”