Samsung Australia tarik balik 51,060 Galaxy Note 7

Samsung Australia tarik balik 51,060 Galaxy Note 7

SYDNEY, 6 Sept – Samsung Australia telah mengambil langkah proaktif dan sukarela untuk menarik balik 51,060 Galaxy Note 7 selepas pelbagai kes laporan letupan bateri.

Panggilan semula secara sukarela oleh Samsung Australia muncul empat hari selepas penarikan balik global pada Galaxy Note 7 oleh syarikat gergasi elektronik Korea Selatan.

Samsung Australia dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan pelanggannya untuk mematikan kuasa telefon pintar Galaxy Note 7 mereka dan mengembalikan semula kepada tempat pembelian.

“Pelanggan yang telah membeli Galaxy Note 7 dari Samsung berhak untuk memilih Galaxy Note 7 baru atau bayaran balik sepenuhnya,” kata syarikat itu.

Seorang pelanggan memegang telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di ibu pejabat KT di Seoul, Korea Selatan, Jumaat lalu. – AP
Seorang pelanggan memegang telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di ibu pejabat KT di Seoul, Korea Selatan, Jumaat lalu. – AP

“Penghantaran penggantian Galaxy Note 7 kepada pelanggan dijangka dalam tempoh tiga hingga empat minggu.”

“Keselamatan dan kepuasan berterusan pelanggan adalah keutamaan kami,” Menurut Naib Presiden Samsung Elektronik Australia, IT dan Mobile, Richard Fink.

Laporan sebelum ini menyebutkan bahawa pihak telekom dan peruncit Australia telah menarik balik penjualan telefon pintar terbaru Samsung dari rak mereka selepas penarikan balik global Note 7 pada Jumaat lalu apabila gambar daripada telefon bimbit yang meletup mula tersebar di online. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA