Samsung bina kilang pengeluaran cip

Samsung bina kilang pengeluaran cip

SEOUL, 7 Mei (dpa) – Samsung Electronics memulakan kerja-kerja ke atas kilang pengeluaran cip bernilai 15.6 trilion won hari ini, untuk memenuhi permintaan yang meningkat untuk semikonduktor lebih canggih.

Projek di Pyeongtaek, 60 kilometer dari selatan Seoul, adalah pelaburan terbesar syarikat pengeluaran dalam satu kilang pemasangan, lapor Agensi Berita Yonhap. Ia diumumkan pada musim luruh lalu, dan dijadual beroperasi pada separuh tahun pertama 2017.

“Kilang semikonduktor Pyeongtaek akan memainkan peranan penting dalam merangsang kepimpinan Samsung dalam pasaran peranti dan server serta membantu firma mengawal industri Barangan Internet (Internet of Things),” kata syarikat.

Barangan Internet merujuk kepada kesalinghubungan yang meningkat di antara peralatan domestik, kenderaan dan objek lain, untuk berkomunikasi dengan pengguna dan sesama sendiri menerusi wifi dan Internet.

Samsung baru-baru ini melihat saham pasaran telefon pintarnya dan komputer tablet tersepit di antara produk Apple Inc, dan pertumbuhan dalam produk sederhana daripada pengeluar di China dan India.