Samsung buat rombakan

Samsung buat rombakan

SEOUL, 1 Dis (AFP) – Samsung hari ini menggantikan ketua perniagaan dan menaikkan pangkat anak perempuan pengerusi ketika gergasi Korea Selatan itu kembali mengukuhkan penguasaan dalam pasaran telefon pintar serentak dengan pemindahan kuasa generasi dalam penubuhan keluarga Lee.

Dalam rombakan tahunan kakitangannya, Samsung menamakan naib ketua eksekutif penyelidikan dan pembangunan mudah alih Samsung Electronics, Koh Dong-Jin sebagai ketua baru perniagaannya.

Pemimpin terdahulu, J.K. Shin, masih kekal sebagai ketua keseluruhan IT dan unit mudah alih, tetapi akan ‘mengundur diri daripada operasi harian’ untuk memberi tumpuan kepada strategi jangka panjang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Shin, 59, mengambil alih divisyen mudah alih pada 2011 dan menyelia kenaikan Samsung sebagai pembuat telefon pintar nombor satu di dunia. Tetapi unit berkenaan menghadapi persaingan sengit dalam semua segmen harga – daripada musuh ketat iPhone mewah Apple kepada model yang lebih murah daripada pesaing kecil China seperti Xiaomi.

Koh memimpin pembangunan peranti perdana terbaru Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S6 dan tablet Galaxy Note 5.

Samsung membuat rombakan kakiktangan dan menaikkan pangkat anak perempuan pengerusi gergasi Korea Selatan untuk menerajui unit mudah alih. – Reuters
Samsung membuat rombakan kakiktangan dan menaikkan pangkat anak perempuan pengerusi gergasi Korea Selatan untuk menerajui unit mudah alih. – Reuters

Unit mudah alih Samsung menyaksikan peningkatan 40 peratus dari ke tahun dalam keuntungan operasi suku ketiga, tetapi potongan harga kepada Galaxy S6 dan telefon pintar Galaxy S6 Edge – dan peningkatan penghantaran telefon pintar murah – bermakna keuntungan bersih unit tersebut sebenarnya menurun berbanding suku kedua.

Rombakan semalam turut menyaksikan Lee Seo-Hyun, seorang anak perempuan Pengerusi Kumpulan Samsung Lee Kun-Hee, dinaikkan pangkat kepada ketua perniagaan fesyen dan pembinaan di Samsung C&T.

Wanita berusia 42 tahun itu sebelum ini merupakan ketua perancangan pengurusan dan beliau dipromosi ketika kumpulan itu mempercepatkan usaha memindahkan teraju Samsung kepada abangnya, JY Lee, yang kini naib pengerusi Samsung Electronics.

Lee Kun-Hee masih terlantar di katil selepas mengalami strok pada 2014. Keluarga Lee mengawal konglomerat besar melalui jaringan kompleks pegangan saham bersilang dalam kumpulan anak syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA