Samsung catat peningkatan dalam suku pertama

Samsung catat peningkatan dalam suku pertama

SEOUL, 7 April (AFP) – Samsung Electronics hari ini mencatatkan peningkatan 10 peratus yang lebih baik daripada jangkaan pada keuntungan suku pertama, dimana jualan kukuh terhadap telefon pintar gergasi Korea Selatan yang baru Galaxy S7.

Pengeluar telefon pintar terbesar di dunia berkata keuntungan operasi dalam tempoh Januari hingga Mac dijangka mencecah sekitar 6.6 trilion won (AS$5.6 bilion), meningkat daripada 6.0 trilion won pada tahun lalu.

Angka keuntungan adalah lebih tinggi dalam purata 5.53 trilion won bagi anggaran penganalisis yang disusun oleh Bloomberg News, dan meningkat dari 6.1 trilion won yang dicatatkan pada suku keempat 2015.

Hasil daripada pengingkatan akan menggalakkan para pemegang saham, selepas melihat tahun 2015 yang mengecewakan bagi Samsung apabila kehilangan lebih daripada AS$8.0 bilion dalam nilai pasaran, dengan persaingan perniagaan telefon pintar global yang terkemuka seperti iPhone Apple dan juga peranti lain yang semakin berkembang pesat seperti Huawei dan Xiaomi.

Seorang jurujual melayan pelanggan (kanan) di kedai mudah alih Samsung di dalam sebuah pusat membeli-belah di New Delhi. - Reuters
Seorang jurujual melayan pelanggan (kanan) di kedai mudah alih Samsung di dalam sebuah pusat membeli-belah di New Delhi. – Reuters

Dalam usaha untuk mempertahankan saham telefon pintar itu, Samsung melancarkan versi terbaru telefon pintar Galaxy yang terkemuka pada bulan Mac, sebulan lebih awal daripada tahun sebelumnya dan lebih awal daripada pelancaran baru oleh pesaingnya.

Penghantaran gabungan Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dianggarkan telah mencapai 10 juta unit dalam tempoh 20 hari selepas pelancarannya.

“Kami menjangkakan Galaxy S7 menjadi paling laris dalam telefon pintar Android di dunia pada 2016,” kata Neil Mawston, pengarah eksekutif di Strategy Analytics Inc.

“Pelbagai variasi model Samsung yang lebih murah, seperti siri J, juga telah menerima jualan yang baik,” kata Mawston.

ARTIKEL YANG SAMA