Samsung dedah Galaxy S7 dan S7 Edge

Samsung dedah Galaxy S7 dan S7 Edge

BARCELONA, 2 Mac (dpa) – Bateri yang lebih tahan dan memori ditingkatkan membezakan model-model telefon pintar terbaru Samsung yang dipamerkan pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona yang berlainan sedikit daripada model yang sebelumnya.

Sementara baterinya masih lagi tidak dapat dicabut, memori telefon itu kini boleh ditambah melalui kad SD. Kasingnya masih lagi diperbuat daripada aluminium namun skrinnya kini Gorilla Glass 4 yang sepatutnya tidak akan retak walaupun terjatuh pada permukaan keras. Telefon itu juga ditingkatkan kepada kalis air.

Galaxy S7 muncul dengan paparan 5.1 inci sementara Edge dengan tepian bulat adalah sedikit besar pada 5.5 inci. Kedua-dua skrin mempunyai resolusi 2560 x 1440 piksel. Sistem operasinya versi terbaru Android, 6.0.1.

Dari segi kameranya juga telah menjalani perubahan besar. Ia sebenarnya mempunyai mega piksel yang kecil daripada yang dahulunya – turun kepada 12 daripada 16 sebelumnya – namun Samsung mengatakan aperture f/1 dan piksel besar bermaksud bahawa 95 peratus lebih cahaya mencecah sistem, menghasilkan imej yang lebih baik.

Samsung juga menyasarkan pemain telefon bimbit dengan menggabungkan telefon pintar baru dengan set kepala Virtual Reality, Gear VR serta menampilkan lagi pelbagai ciri-ciri menarik.

Kedua-dua telefon berkenaan boleh diperolehi pada Mac dengan Galaxy S7 dijangka akan dipasarkan sekitar 700 euro (765 dolar) dan versi Edge ditambah lagi sekitar 100 euro.

ARTIKEL YANG SAMA