Samsung dedah jam pintar baru cabar Apple Watch

Samsung dedah jam pintar baru cabar Apple Watch

SEOUL, 1 Sept (AFP) – Samsung mendedahkan jam tangan pintar terbaru hari ini ketika syarikat gergasi Korea Selatan berusaha untuk mencabar Apple yang mendominasi global dalam pasaran peranti boleh pakai yang berkembang pesat.

Gear S2 yang berbentuk bulat dilengkapi dengan skrin bulat 1.2 inci dan membolehkan pembayaran mudah alih dan kawalan jauh ke atas peralatan rumah serta bercirikan panggilan telefon biasa dan mesej teks, menurut kenyataan syarikat itu.

Samsung berharap jam baru ini akan bersaing dengan produk Apple yang serupa, selepas syarikat Amerika Syarikat menjadi pembekal teratas boleh pakai di seluruh dunia hanya beberapa bulan selepas Apple Watch didedahkan pada April.

Jam pintar baru itu merupakan model terbaru keluaran Samsung sejak November lepas – akan rasminya dipasarkan lewat bulan ini semasa pameran perdagangan IFA di Berlin.

Samsung telah mengeluarkan siri jam tangan pintar sejak 2013. Bagaimanapun, kebanyakan model-modelnya kurang mendapat respons daripada para pelanggan.

Apple telah mendominasi sektor peranti boleh pakai, menjual kira-kira empat juta jam pintar di seluruh dunia pada suku kedua – kira-kira 75 peratus dalam pasaran keseluruhan – menurut anggaran penyelidikan pasaran Strategy Analytics pada Julai.

Samsung berada di tempat kedua menerusi margin meluas, selepas menghantar 400,000 unit semasa suku yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA