Samsung dedah pelan hasil alat kenderaan pandu sendiri

Samsung dedah pelan hasil alat kenderaan pandu sendiri

SEOUL, 10 Dis – Harga saham Samsung Electronics dan beberapa ahli gabungan penting meningkat hari ini selepas syarikat itu mendedahkan satu pelan untuk membangunkan komponen bagi kereta pemanduan sendiri, dengan memasuki pasaran yang akan menarik perhatian pesaingnya termasuk Apple.

Pasukan komponen automotif baru itu akan ‘fokus pada membina kecekapannya dalam infotainment dan kenderaan pemanduan autonomi,” menurut syarikat gergasi elektronik Korea Selatan dalam pelan pengorganisasian semula perniagaan tahunannya yang diumumkan kelmarin.

Unit baru itu akan diketuai oleh naib presiden eksekutif firma itu, Park Jong-Hwan yang dulunya menyelia pengeluaran motor dan pemampat bagi perkakasan rumah Samsung.

Park akan menyelaraskan penyertaan menerusi ahli gabungan seperti pembuat bateri Samsung SDI dan pembekal perkhidmatan perisian Samsung SDS.

Harga saham bagi Samsung Electro-Mechanics, yang menghasilkan modul kamera dan komponen lain bagi kereta, ditutup empat peratus lebih tinggi hari ini. Samsung SDI mengaut 0.8 peratus.

Samsung Electronics – firma terbesar Korea Selatan menerusi nilai – ditutup dua peratus lebih tinggi dalam pasaran saham utama Seoul.

LG – syarikat gergasi elektronik Korea Selatan yang lain yang telah membangunkan komponen bagi kenderaan pintar sejak 2013 – kerugian 6.2 peratus dikhuatiri berhubung persaingan yang semakin meningkat.

Samsung – pengeluar telefon pintar terkenal di dunia serta telefon bimbit – juga menghasilkan semikonduktor, perkakasan rumah dan paparan termasuk mesin basuh dan TV. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA