Samsung Electronics beli Harman dengan harga AS$8 bilion

Samsung Electronics beli Harman dengan harga AS$8 bilion

SEOUL, 14 Nov – Samsung Electronics berkata hari ini ia akan membeli syarikat pembuat bahagian automobil AS, Harman International Industries dengan harga AS$8 bilion dalam usaha untuk memasuki pasaran yang semakin meningkat dalam teknologi automotif.

Ahli Lembaga Samsung – pengeluar terbesar telefon pintar di dunia – telah meluluskan pengambilalihan semua firmanya yang berpangkalan di Connecticut untuk AS$112 sesaham, Samsung berkata dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu adalah yang terbesar oleh Samsung dari segi nilai yang akan memberi syarikat gergasi Korea Selatan dengan ‘kehadiran yang ketara’ dalam pasaran global bagi bahagian-bahagian automobil dalam talian termasuk telematik, kata firma itu.

Gambar fail 12 Disember 2013 menunjukkan seorang lelaki dengan telefon bimbitnya berjalan melintasi logo Samsung Electronics di ibu pejabatnya di Seoul, Korea Selatan. - AP
Gambar fail 12 Disember 2013 menunjukkan seorang lelaki dengan telefon bimbitnya berjalan melintasi logo Samsung Electronics di ibu pejabatnya di Seoul, Korea Selatan. – AP

“Harman sangat sepadan dalam melengkapi Samsung dari segi teknologi, produk-produk dan penyelesaian, dan gabungan tenaga adalah lanjutan daripada strategi automotif yang kami telah sasarkan untuk beberapa waktu,” kata Naib Pengerusi Samsung, Kwon Oh-Hyun dalam satu kenyataan.

“Harman segera menetapkan asas yang kukuh untuk Samsung bagi mengembangkan lagi platform automotif kami.”

Harman menghasilkan sistem audio mewah dan ciri-ciri hiburan internet lain yang dibolehkan bagi pembuat kereta global termasuk General Motors dan Fiat Chrysler. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA