Samsung fail tindakan guaman ke atas AbbVie Inc

Samsung fail tindakan guaman ke atas AbbVie Inc

SEOUL, 4 April (Reuters) – Samsung Bioepis Co Ltd, yang bercita-cita menjadi kuasa berpengaruh dalam industri ubat biosama, telah memfail satu tindakan guaman ke atas pengasas ubat paling laris di dunia, untuk menghalangnya daripada menyekat pelancaran versinya sendiri.

Unit Kumpulan Samsung di Korea Selatan, serta rakan dan pemegang saham minoriti Biogen, memfail tindakan guaman di Britain pada 24 Mac ke atas AbbVie Inc, pengeluar ubat arthritis rheumatoid Humira, yang menghasilkan jualan sebanyak AS$14 bilion pada tahun lalu. Ia adalah tindakan guaman pertama syarikat ke atas pengasas ubat.

Minat dalam biosama, salinan ubat bioteknologi berharga murah, telah meningkat dalam beberapa tahun ini tatkala salinan beberapa ubat preskripsi paling laris di dunia telah memasuki pasaran. Tidak seperti versi ubat kimia yang lebih ringkas, ubat bioteknologi dibuat daripada sel hidup, maka adalah mustahil untuk menghasilkan salinan yang betul-betul serupa.

Gambar fail bertarikh 6 Januari 2016 menunjukkan pekerja berjalan di dalam bangunan pejabat utama Samsung Electronics di Seoul, Korea Selatan. – Reuters
Gambar fail bertarikh 6 Januari 2016 menunjukkan pekerja berjalan di dalam bangunan pejabat utama Samsung Electronics di Seoul, Korea Selatan. – Reuters

Institut IMS untuk Penjagaan Kesihatan Onformatics berkata biosama boleh menyelamat sistem penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat dan lima pasaran teratas Eropah sebanyak 98 bilion euro menjelang tahun 2020.

Konglomerat Korea Selatan itu mengharapkan keuntungan daripada unit, termasuk sasaran pendapatan sebanyak 1 trilion won pada tahun 2020, di tengah keuntungan merosot di perniagaan elektroniknya, Samsung Electronics Co Ltd, pengeluar telefon pintar dan televisyen terbesar di dunia.

ARTIKEL YANG SAMA