Samsung gantung jualan Galaxy Note 7

Samsung gantung jualan Galaxy Note 7

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Samsung menghentikan semua jualan Galaxy Note7, selepas 35 kes behubung sel bateri dilaporkan di seluruh dunia sehingga 1 September.

Galaxy Note7 belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

“Kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dengan pembekal kami bagi mengenal pasti bateri yang terjejas dalam pasaran.

“Memandangkan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan di Samsung, kami menghentikan jualan Galaxy Note7,” kata Samsung Malaysia Electronics menerusi satu kenyataan di sini.

Syarikat itu juga akan menggantikan peranti sedia ada daripada pembeli yang sudah pun memiliki Galaxy Note7 dengan alat baharu pada minggu-minggu akan datang. – Bernama

Telefon pintar keluaran  terbaru jenama Samsung Galaxy Note 7 yang mempunyai ciri-ciri kalis air. – Bernama
Telefon pintar keluaran
terbaru jenama Samsung Galaxy Note 7 yang mempunyai ciri-ciri kalis air. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA