Samsung hadapi tekanan

Samsung hadapi tekanan

SEOUL, 25 Sept – Bateri meletup dan satu penarikan balik gajet ketika peralihan kepimpinan yang bersifat kontroversi – ia merupakan tahun yang teruk untuk Samsung, dan penganalisis mengingatkan masalah masih belum berakhir.

Dengan persaingan yang lebih sengit dalam pasaran telefon pintar, firma terbesar Korea Selatan itu terdesak untuk mengelak krisis yang mungkin menelan kos berbilion dolar, menjejas reputasi dan mencemar kepimpinan barunya.

Beberapa minggu selepas pengeluaran ‘phablet’ Galaxy Note 7, pengeluar telefon pintar terbesar di dunia itu dipaksa menarik balik 2.5 juta unit di seluruh dunia ekoran aduan baterinya meletup ketika dicas.

“Samsung nampaknya telah bergegas untuk mengeluarkan Note 7 dengan memikirkan iPhone 7, dan ia sedang menanggung akibatnya sekarang,” kata Greg Roth, penganalisis di HMC Investment & Securities di Seoul.

Dengan gambar telefon terbakar membanjiri media sosial, penarikan balik merupakan satu penghinaan untuk sebuah firma yang berbangga sebagai satu ikon pembaharuan dan kualiti – dan masa krisis adalah teruk.

Gambar fail pada 22 September 2016 menunjukkan seorang lelaki berjalan di depan iklan elektronik telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di Seoul, Korea Selatan. Korea Selatan meminta Samsung Electronics untuk melanjutkan tempoh bayaran balik untuk telefon pintar Galaxy Note 7. – AP
Gambar fail pada 22 September 2016 menunjukkan seorang lelaki berjalan di depan iklan elektronik telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di Seoul, Korea Selatan. Korea Selatan meminta Samsung Electronics untuk melanjutkan tempoh bayaran balik untuk telefon pintar Galaxy Note 7. – AP

Note 7 bertujuan memperkukuh pertumbuhan pada tahun ini tatkala Samsung bergelut untuk menambah jualan, terjejas oleh Apple dalam sektor itu dan pesaing China dalam pasaran model murah, kerana keuntungan telah menjadi lembap.

Satu harapan cerah pada tahun ini adalah handset Galaxy S7, yang mendapat ulasan positif dan merangsang keuntungan operasi kepada tahap tinggi dua tahun pada suku kedua. Note 7 adalah penting untuk mengekal momentum tersebut.

Penarikan balik, kini dilakukan di 10 buah negara, mungkin menelan kos AS$3 bilion dalam jangka panjang, kata beberapa penganalisis, sementara Roh mengingatkan kesan sampingan mungkin menjejas keuntungan selama beberapa bulan.

Krisis juga telah menghapus AS$15 bilion daripada nilai pasarannya sejak akhir Ogos, apabila harga saham firma mencecah tahap tertinggi setakat ini pada tahun ini.

Sementara tidak mempunyai hubungan, Samsung berkata pada minggu lalu ia telah menjual saham dalam empat syarikat teknologi untuk membebaskan wang, dalam satu tindakan yang dikatakannya “bertujuan menumpu pada perniagaan utama kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA