Samsung hadkan pengecas bateri Note 7

Samsung hadkan pengecas bateri Note 7

SEOUL, 14 Sept – Samsung berkata hari ini mengecas semula bateri telefon pintar Galaxy Note 7 akan dihadkan untuk mengurangkan risiko letupan dalam satu langkah yang jelasnya bertujuan mendorong pengguna supaya kembali kepada alat peranti mereka ekoran satu penarikan balik.

Syarikat elektronik Korea Selatan pada 2 September menggantung penjualan telefon pintar terbarunya dan mengumumkan penarikan balik 2.5 juta unit yang telahpun dijual, selepas bateri rosak menyebabkan beberapa handset meletup ketika mengecas.

Samsung mengumumkan satu pengemaskinian perisian yang akan mengehad cas bateri kepada kapasiti 60 peratus dalam iklan separuh muka surat oleh akhbar Korea Selatan.

Ia akan mengelak telefon itu daripada menjadi terlalu panas, dan dengan itu meletup, namun akan bermakna satu penurunan taraf telefon pintar tersebut.

Gambar fail bertarikh 11 September 2016 menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dipamerkan di pusat perkhidmatan syarikat itu di Seoul, Korea Selatan. – AP
Gambar fail bertarikh 11 September 2016 menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dipamerkan di pusat perkhidmatan syarikat itu di Seoul, Korea Selatan. – AP

“Ia adalah satu langkah yang mengutamakan keselamatan pengguna tetapi kami meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi,” kata iklan tersebut.

Pengemaskinian automatik untuk pengguna Korea Selatan akan dilakukan pada 20 September, sehari selepas Samsung mulai memberikan handset Note 7 baru dengan bateri yang bebas daripada kerosakan.

Samsung telah menasihat pengguna supaya menukarkan handset mereka dengan telefon ganti sementara yang diberikan oleh firma sehingga ia mengeluarkan Note 7 baru. Namun ramai pengguna tidak mempedulikan tawaran berkenaan, memilih menunggu sehingga telefon baru dikeluarkan, memetik kesukaran menukar peranti untuk tempoh sementara.

Seorang jurucakap Samsung berkata langkah keselamatan yang sama untuk pengguna luar negara sedang dikaji semula. – AFP