Samsung hantar kotak kalis api bagi Note 7

Samsung hantar kotak kalis api bagi Note 7

SEOUL, Korea Selatan, 12 Okt – Samsung Electronics berkata hari ini ia telah menghantar bungkusan kalis api kepada para pelanggannya di Amerika Syarikat (AS) sebagai langkah berjaga-jaga ke atas kemungkinan tercetusnya kebakaran atau letupan dari Galaxy Note 7 yang mereka pulangkan kepada peruncit. Samsung menawarkan kotak perkapalan prabayar sebagai pilihan kepada para pelanggan AS yang membeli telefon itu dalam laman webnya, Samsung.com.

Ia berkata pelanggan yang membeli telefon Note 7 mereka daripada pengedar perlu mengunjungi laman web pengedar bagi arahan penarikan balik.

Satu video dalam YouTube kelmarin menunjukkan seorang lelaki yang katanya berada di pejabat XDA Developers di AS, membuka kit mengandungi beg kalis statik, kotak yang dilindungi terma, sarung tangan dan arahan untuk perkapalan asas sahaja.

Menurut forum XDA Developers, arahan pembungkusan Samsung mengatakan Note 7 perlu dimasukkan ke dalam beg perlindungan statik dan kemudian dalam kotak berlabel ‘OEM Replacement’ untuk dimasukkan ke dalam ‘Inner Box’ dan ‘Recovery Box’. Syarikat perkapalan dilaporkan telah mengadu yang mereka tidak mahu mengendalikan penarikan balik Note 7 kerana bimbang terbakar. – AP

ARTIKEL YANG SAMA