Samsung jual unit percetakan kepada HP

Samsung jual unit percetakan kepada HP

Seoul, 12 Sept – Samsung Electronics akan menjual perniagaan pencetaknya kepada pembuat komputer AS, HP, kata syarikat itu hari ini, apabila jenama gergasi Korea Selatan itu mempercepatkan usaha penyusunan semula di tengah-tengah pemindahan kuasa generasi keluarga pengasas Lee.

HP berkata ia akan membeli unit itu untuk AS$1.05 bilion dan perjanjian itu akan meningkatkan lagi peluang pertumbuhan dalam pasaran fotokopi, manakala Samsung menjelaskan bahawa urus niaga itu adalah “sebahagian daripada usaha syarikat itu untuk menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan terasnya”.

Unit percetakan Samsung mempunyai 6,000 pekerja dan mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak 2 trilion won (AS$1.8 bilion) pada 2015, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Samsung Electronics – pembuat telefon pintar terbesar di dunia yang juga menghasilkan peralatan rumah dan cip memori – adalah unit utama Kumpulan Samsung. – AFP

Gambar fail bertarikh 23 Jun 2015 menunjukkan Lee Jae-yong bercakap semasa sidang media di ibu pejabat syarikat itu di Seoul, Korea Selatan. – AP
Gambar fail bertarikh 23 Jun 2015 menunjukkan Lee Jae-yong bercakap semasa sidang media di ibu pejabat syarikat itu di Seoul, Korea Selatan. – AP