Samsung kongsi maklumat inovasi terkini TV SUHD

Samsung kongsi maklumat inovasi terkini TV SUHD

KUALA LUMPUR, 25 April – Samsung Electronics Co Ltd, pengeluar televisyen (TV) global, berkongsi maklumat terkini produk jenama terbaharu, SUHD TV premium yang dinaik taraf.

SUHD TV Samsung dengan paparan kuantum dot membawa TV ke generasi akan datang dari segi kualiti gambar, menawarkan imej seperti hidup dan warna tulen setakat ini.

Set paparan kuantum dot menyediakan standard baharu untuk industri itu dengan resolusi definisi tinggi (HDR) 1,000 yang menawarkan perbezaan mendalam antara imej cerah dan gelap.

Ketua Perniagaan Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd Jimmy Tan berkata usaha untuk berkongsi maklumat ke atas SUHD TV itu adalah sejajar dengan hasrat syarikat untuk memastikan pengguna mempunyai maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik apabila membeli TV baharu.

“Memandangkan diod pemancar cahaya organik merupakan teknologi yang masih baharu dan mungkin mengalami beberapa isu yang masih belum diselesaikan, matlamat kami adalah untuk mendidik pengguna mengenai perbezaan antara teknologi paparan dan menyediakan pengguna dengan maklumat produk yang jelas dan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Samsung berkata naik taraf itu merupakan inovasi terkini dalam teknologi paparan kuantum dot, perbezaan utama dalam teknologi paparan, dan isu-isu yang semakin meningkat yang ada kaitan dengan penjualan TV 3K. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA