Samsung Korea Selatan labur AS$450 juta

Samsung Korea Selatan labur AS$450 juta

BEIJING, 22 Julai – Subsidiari konglomerat Samsung Korea Selatan akan membeli saham dalam pembuat elektrik China, BYD sekitar AS$450 juta, yang sebhagiannya dimiliki oleh guru pelaburan AS, Warren Bufet, kata syarikat China hari ini.

Syarikat Semikonduktor Samsung Shanghai telah berjanji untuk membayar hampir tiga bilion yuan bagi saham 1.92 peratus dalam syarikat itu, menjadi pemegang kesembilan terbesar, BYD berkata semasa memfailkan dengan bursa saham Shenzhen.

Pelaburan itu, pada harga 57.4 yuan sesaham, adalah sebahagian daripada peletakan swasta yang telah menghasilkan 14.5 bilion yuan dari enam pelabur termasuk Samsung, menurut kenyataan itu. Lima pelabur lain adalah dana pelaburan industri yang dikawal kerajaan dan empat syarikat pengurusan dana China.

Pengeluaran terbitan saham baru itu akan melemahkan saham pengasas BYD dan pengerusi Wang Chuanfu kepada 18.79 peratus dari 20.70 peratus, menurut kenyataan tersebut.

Ia menambah bahawa Berkshire Hathaway Energy Buffett akan menyaksikan penurunan sahamnya kepada 8.25 peratus dari 9.09 peratus namun kekal pemegang saham keempat terbesar BYD. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA