Samsung lancar Gear VR

Samsung lancar Gear VR

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Samsung hari ini melancarkan Samsung Gear VR yang terkini, telefon pintar yang dioptimumkan sepenuhnya, dijual pada harga RM799.

Ia boleh didapati di Samsung Experience Stores terletak di bandar-bandar utama seluruh negara, bersesuaian dengan Samsung Galaxy S6 generasi akan datang dan telefon pintar terkini S6.

Naib Presiden Samsung Malaysia Electronics (Mudah Alih, IT & Pengimejan Digital) Lee Jui Siang berkata Gear VR direka bagi membawa imaginasi kepada realiti untuk pengguna Samsung.

“Inovasi adalah apa yang Samsung sentiasa usahakan. Sebagai antara gergasi teknologi utama dunia, kami berbangga untuk membawakan Samsung Gear VR Edisi

Inovasi terkini ini kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas pelancara model baharu itu di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA