Samsung, LG lancar telefon terbaru

Samsung, LG lancar telefon terbaru

BARCELONA, 22 Feb (Reuters) – Samsung Electronics Co Ltd dan LG Electronics Inc melancarkan telefon pintar terbaru mereka pada pameran industri Kongres Dunia Peranti di Barcelona semalam, dalam usaha untuk menentang kemelesetan dalam pertumbuhan industri.

Pengeluar telefon menghadapi satu lagi tahun yang sukar pada 2016 takala pertumbuhan global yang suram dan kelemahan mata wang berlarutan dalam pasaran membangun menghakis kuasa perbelanjaan pengguna.

Satu usaha oleh pengeluar China untuk berkembang ke luar negara di tengah pertumbuhan lembap dalam pasaran domestik mereka juga mungkin menjejas margin seterusnya.

Dalam satu usaha untuk menawan semula saham pasaran, Samsung melancarkan dua versi baru telefon pintar Galaxy S dan membawa masuk Ketua Eksekutif Facebook Inc Mark Zuckerberg untuk kehadiran mengejutkan untuk memperkenalkan alam maya, sekali gus mendorong beratus orang bergegas ke pentas untuk merakam saat-saat berkenaan.

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge yang dilancarkan di Barcelona, Sepanyol. – Reuters
Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge yang dilancarkan di Barcelona, Sepanyol. – Reuters

LG, yang mengalami kerugian daripada perniagaan perantinya pada tahun lalu apabila produknya bergelut, memperkenalkan reka bentuk bermodul kepada telefon pintar G5 barunya yang membenarkan pengguna mengganti atau mempertingkat fungsi seperti kamera dan audio secara bebas.

Ia juga melancarkan fon kepala dan aksesori alam maya termasuk satu pengawal dron untuk berpasangan dengan G5.

Penganalisis dan pelabur mengalu-alu ciri-ciri LG, yang dikatakan oleh mereka adalah cukup berlainan untuk memulihkan jualan, namun bersikap tidak begitu ghairah mengenai penawaran Samsung, berkata mereka hanya memaparkan peningkatan yang kecil.

“Saya fikir kemungkinan besar perniagaan peranti LG akan berpulih selepas pelancaran produk barunya, sejak mereka membawa banyak perubahan besar dengan G5,” kata pengurus dana HDC Asset management Park Jung-hoon.

“Bagaimanapun, Galaxy S7, nampaknya tidak menerima sambutan menggalakkan,” kata Park.

ARTIKEL YANG SAMA