Samsung Note 7 terbakar di China

Samsung Note 7 terbakar di China

SEOUL, Korea Selatan, 19 Sept – Dua telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dilaporkan telah terbakar di China dalam apa, sekiranya disahkan, akan menjadi kejadian pertama seumpama itu dalam pasaran telefon pintar terbesar di dunia.

Samsung Electronics berkata ia sedang menyiasat salah satu kes yang dilaporkan. Firma Korea Selatan itu berkata sebelumnya telefon pintar Galaxy Note 7 yang dijual di China adalah selamat untuk digunakan. Seorang pengguna media sosial China menyiarkan mesej semalam berkata Note 7 seorang kawan terbakar pada hujung minggu.

Pengguna tersebut ketika dihubungi melalui telefon, memberitahu The Associated Press, Note 7 tersebut dibeli pada 1 September menerusi laman e-dagangan JD.com. Lelaki itu, yang meminta namanya tidak disiarkan, berkata telefon itu mulai menjadi panas dan bergetar pada lewat malam Sabtu, seterusnya meletup dan mengeluarkan asap hitam.

Samsung menghubungi pemilik itu semalam dan menawarkan untuk mengambil balik telefon tersebut sebagai tukaran kepada satu bayaran balik, namun pemilik itu menolak, menurut kawan. Beliau berkata beliau dan pemilik tidak mahu nama mereka disiarkan.

Gambar fail 7 September 2016 menunjukkan seorang lelaki mencuba Samsung VR dengan menggunakan telefon pintar Galaxy Note 7 di luar pusat membeli-belah di Beijing. – AP
Gambar fail 7 September 2016 menunjukkan seorang lelaki mencuba Samsung VR dengan menggunakan telefon pintar Galaxy Note 7 di luar pusat membeli-belah di Beijing. – AP

Keterangan kedua mengenai kisah media sosial berasingan berkata telefon seorang pemilik meletup semalam ketika orang itu sedang bermain satu permainan. Keterangan tersebut tidak memberikan maklumat hubungan untuk pengguna ataupun butir-butir tempat tinggal orang berkenaan.

JD.com berkata Samsung sedang menjalankan satu kajian semula dalaman mengenai kes pertama. Samsung tidak menjawab e-mel yang meminta komen. Samsung Electronics melancarkan telefon Note 7 di China pada 1 September di tengah jumlah laporan yang meningkat tentang telefon yang terbakar di luar negara.

Pada hari berikutnya, Samsung mengumumkan ia akan menghentikan penjualan telefon Note 7 di 10 buah negara. Seorang eksekutif berkata jualan di China akan diteruskan kerana telefon Note 7 yang dijual di sana menggunakan bateri berlainan berbanding mereka yang dikaitkan dengan masalah di tempat lain. Samsung sedang menarik balik 1,858 telefon Note 7 di China, menurut satu notis bertarikh 14 September daripada agensi kualiti produk negara. Samsung berkata telefon berkenaan diedarkan sebelum 1 September untuk memberikan pengguna pengalaman aktif. – AP

ARTIKEL YANG SAMA