Samsung ramal kerugian AS$3 bilion akibat krisis Note 7

Samsung ramal kerugian AS$3 bilion akibat krisis Note 7

SEOUL, 14 Okt – Samsung hari ini berkata krisis berhubung telefon pintar Note 7 yang meletup akan menelan kerugian lagi lebih AS$3 bilion selama dua suku akan datang, namun berharap mengembangkan jualan gajet lain akan dapat membantu mengurangkan kesannya.

Amaran keuntungan muncul dua hari selepas syarikat gergasi Korea Selatan itu mengurangkan keuntungan operasinya bagi suku ketiga sekitar AS$2.3 bilion.

Selepas masalah penarikan balik Galaxy Note 7 bertukar menjadi krisis besar, Samsung mengumumkan awal minggu ini yang ia membatalkan model itu keseluruhannya – satu langkah yang mengejutkan bagi sebuah syarikat yang bangga dengan penghasilan kualiti teknologi canggihnya.

Di atas kerugian suku ketiga, Samsung berkata kejatuhan dalam jualan berpunca daripada keputusan untuk menghentikan Note 7 yang akan terus memberi impak margin untung pada Oktober-Mac – termasuk musim pembelian waktu cuti yang penting.

Ia menganggarkan kerugian untung operasi dalam suku keempat sekitar ‘pertengahan dua trilion won (AS$2.2 bilion)’ dan 1.0 trilion won bagi suku pertama 2017. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 21 Februari 2016 menunjukkan telefon pintar Samsung, Galaxy 7 yang dipamerkan semasa pembukaan rasmi Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 21 Februari 2016 menunjukkan telefon pintar Samsung, Galaxy 7 yang dipamerkan semasa pembukaan rasmi Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA