Samsung ramal keuntungan menurun

Samsung ramal keuntungan menurun

SEOUL, Korea Selatan, 8 Julai (Agensi) – Samsung Electronics Co meramalkan satu kemerosotan dalam keuntungan suku kedua dalam petanda yang menunjukkan telefon pintar Galaxy S6 yang lama dinantikan gagal memenuhi jangkaan.

Samsung semalam menganggarkan keuntungan operasi suku keduanya berjumlah 6.9 trilion won, merosot 4 peratus berbanding setahun sebelumnya. Keputusan itu mewakili pemerolehan 15 peratus daripada suku sebelumnya tetapi ia adalah lebih rendah daripada 7.23 trilion won yang diramalkan dalam tinjauan analisis FactSet.

Jualan merosot lapan peratus daripada setahun sebelumnya kepada 48 trilion won, kurang daripada yang diramalkan oleh FactSet sebanyak 52.8 trilion won. Syarikat Korea Selatan akan mengeluarkan keputusan penuh untuk suku pada akhir bulan ini.

Apabila Samsung memulakan jualan telefon pintar Galaxy S6 dan S6 Edge pada April, timbulnya jangkaan bahawa alat baru itu akan membawa kepada pemulihan dalam perniagaan telefon bimbit Samsung, yang mengalami kemerosotan pada tahun lalu.

Samsung S6 Edge yang juga kurang mendapat sambutan daripada pengguna kini.
Samsung S6 Edge yang juga kurang mendapat sambutan daripada pengguna kini.

Ia mengekalkan gelaran sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia namun saham pasarannya merosot, terjejas oleh Apple dalam pasaran premium dan oleh syarikat China dalam pasaran murah. Dalam Samsung, pembangunan telefon pintar Siri 6 adalah digelar “Projek Zero,” menandakan usaha syarikat untuk menawan semula formula telefon sebelumnya.

Samsung dibelenggu dua masalah dengan siri Galaxy S6. Versi biasa telefon, Galaxy S6 tidak sepopular seperti yang dijangkakan, sementara model S6 Edge, yang memperkenalkan satu paparan yang melengkung di kedua-dua bahagian sisi juga gagal menepati permintaan pengguna.

“Kegagalan mengendali penyerahan awal untuk siri Galaxy S6 merupakan sebab utama” yang menyumbang kepada penjualan mengecewakan, kata Lee Ka-keun, penganalisis di KB Securities. “Permintaan untuk telefon pintar dan produk IT lain juga lemah.”