Samsung rampas peneraju pasaran telefon pintar

Samsung rampas peneraju pasaran telefon pintar

WASHINGTON, 30 April – Samsung merampas semula peneraju dalam pasaran telefon pintar global pada suku pertama, tatkala pemerolehan dalam jualan pasaran membangun membantunya memintas Apple, menurut kumpulan penyelidikan semalam.

Kumpulan penyelidik IDC berkata, Samsung menjual 82.4 juta telefon pintar dalam tiga bulan pertama tahun, untuk 24.5 peratus saham pasaran.

Walaupun jumlah yang dijual merosot tujuh peratus berbanding setahun lalu, ia mengatasi Apple, di mana jualan iPhone merosot sedikit daripada suku terakhir 2014.

Apple mengawal 18.2 peratus saham pasaran pada awal 2015 setelah menjual 61.2 juta iPhone.

Angka tersebut terjejas disebabkan faktor bermusim dan faktor lain. Samsung melancarkan telefon Galaxy S6 dan S6 Edge pada akhir suku pada April, sementara jualan iPhone Apple merosot berbanding dengan suku cuti yang lebih kukuh.

Walaupun jumlah telefon pintar yang dijual Samsung merosot tujuh peratus berbanding setahun lalu, ia mengatasi Apple, di mana jualan iPhone merosot sedikit daripada suku terakhir 2014.
Walaupun jumlah telefon pintar yang dijual Samsung merosot tujuh peratus berbanding setahun lalu, ia mengatasi Apple, di mana jualan iPhone merosot sedikit daripada suku terakhir 2014.

Pada suku keempat, Apple dan Samsung seri dengan kira-kira 20 peratus daripada pasaran masing-masing, menurut beberapa tinjauan.

“Cabaran yang dibuat oleh Apple untuk menduduki tempat teratas pada suku keempat kembali memimpin untuk Samsung pada suku pertama, meskipun permintaan meningkat untuk iPhone 6 dan 6 Plus,” kata penganalisis IDC Anthony Scarsella.

“Hantaran Samsung, memandangkan S6 tidak dilancarkan di pasaran untuk suku sepenuhnya, adalah didorong oleh jumlah besar dalam pasaran membangun dan permintaan kukuh untuk telefon pintar sederhana dan harga lebih rendah.”

Pengeluar China Lenovo menduduki tempat ketiga setelah menamatkan pemerolehan Motorola daripada Google.

Saham pasarannya sebanyak 5.6 peratus meletaknya di depan kumpulan China Huawei, dengan 5.0 peratus dan LG dari Korea Selatan pada 4.6 peratus. – AFP