Samsung selaras pengeluaran Note 7

Samsung selaras pengeluaran Note 7

SEOUL, 10 Okt – Samsung Electronics menerima satu lagi tamparan pada hari ini mengenai telefon pintar Galaxy Note 7 yang ditarik balik, mengakui ia sedang ‘menyelaras pengeluaran’ peranti berkenaan selepas pengedar utama berhenti menawarkan pengganti disebabkan isu keselamatan yang berterusan.

Syarikat elektronik Korea Selatan itu telah bergelut ekoran keputusan pada 2 September untuk mengeluarkan satu penarikan balik bagi 2.5 juta Note 7 disebabkan aduan mengatakan bateri litium-ion meletup ketika mengecas.

Sejak seminggu lalu, laporan timbul mengatakan unit ganti juga terbakar, mendorong firma telekomunikasi AS, AT&T dan pesaing Jerman T-Mobile mengumumkan semalam satu pemberhentian kepada tukaran penarikan balik sementara menunggu siasatan lanjut.

Pengumuman mereka mencetuskan kemerosotan mendadak dalam harga saham, yang merosot lebih daripada empat peratus pada satu tahap dalam perniagaan pagi. Ia berpulih kemudian untuk ditutup pada 1.68 juta won – merosot 1.52 peratus.

Pasaran juga memberi reaksi terhadap laporan media Korea Selatan mengatakan Samsung telah menutup kilang pe-ngeluaran Note 7 buat sementara waktu selepas perbincangan dengan pengawal keselamatan pengguna dari Korea Selatan, Amerika Syarikat dan China.

Gambar fail yang diambil pada 2 September menunjukkan dua pengunjung menguji telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di bilik pameran Samsung di Seoul. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 2 September menunjukkan dua pengunjung menguji telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di bilik pameran Samsung di Seoul. – AFP

“Kami sedang dalam proses untuk menyelaras jumlah pengeluaran,” kata Samsung dalam satu respons bertulis terhadap laporan.

Syarikat itu berkata tindakan tersebut adalah “untuk mempertingkatkan kawalan kualiti dan membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan ekoran kes letupan Galaxy Note 7 terbaru.”

Dengan gambar telefon hangus terbakar membanjiri media sosial, penarikan balik terbukti merupakan satu penghinaan kepada sebuah firma yang berbangga sebagai ikon pembaharuan dan berkualiti.

Proses penarikan balik pada mulanya berdepan halangan dengan beberapa mesej bercampur, namun nampaknya berjalan lancar sehingga minggu lalu apabila laporan telefon ganti terbakar mulai timbul.

AT&T berkata ia masih akan menawarkan pelanggan opsyen untuk menukar Galaxy Note 7 dengan satu lagi telefon pintar Samsung atau peranti lain pilihan mereka, sementara T-Mobile berkata ia sedang menghentikan penjualan Note 7 serta tukaran.

“Ia menjadi serius sekali lagi,” kata S.R. Kwon, penganalisis dengan Dongbu Securities. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA