Samsung tarik balik Galaxy Note 7

Samsung tarik balik Galaxy Note 7

SEOUL, 2 Sept – Samsung akan mengeluarkan satu penarikan balik telefon pintar Galaxy Note 7 pada hujung minggu ini selepas siasatan mengenai dakwaan letupan mendapati bateri menjadi punca, menurut Berita Yonhap dari Korea Selatan.

Samsung Electronics enggan memberi komen mengenai laporan itu pada hari ini, tetapi berkata ia sedang menjalankan pemeriksaan bersama rakannya, katanya.

Hantaran telefon pintar Galaxy Note 7 ditangguhkan di Korea Selatan pada minggu ini untuk ujian kawalan kualiti tambahan. Tindakan itu diambil selepas laporan mengatakan bateri dalam beberapa telefon pintar jumbo meletup ketika mereka sedang dicaj. Samsung melancarkan versi etrbaru siri Note dua minggu lalu.

Seorang lelaki mencuba telefon pintar terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 7 di pameran jerayawara diluar pusat beli belah di Beijing, kelmarin. - AP
Seorang lelaki mencuba telefon pintar terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 7 di pameran jerayawara diluar pusat beli belah di Beijing, kelmarin. – AP

Memetik seorang pegawai syarikat tanpa nama, Yonhap berkata siasatan Samsung mendapati kerosakan bateri yang menyebabkan telefon terbakar. Jumlah telefon Galaxy Note 7 dengan bateri rosak menyumbang kepada ‘kurang 0.1 peratus’ daripada produk dalam pasaran dan Samsung sedang membincang cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan Verizon dan rakannya yang lain, beritahu pegawai kepada Yonhap.

Isu bateri itu memberi tamparan hebat kepada perniaagan telefon pintar Samsung yang telahpun kembali pulih. Samsung melaporkan pendapatan kukuh yang mengatasi jangkaan pasaran pada suku terbaru dan harga sahamnya mencecah rekod tinggi sebelum masalah bateri Note 7 menjejas sentimen pelabur. Saham Samsung meningkat 0.8 peratus pada awal hari ini. Saham itu ditutup 2 peratus lebih rendah dalam sesi sebelumnya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA