Samsung timbang pemisahan syarikat

Samsung timbang pemisahan syarikat

SEOUL, 29 Nov – Samsung Electronics berkata hari ini ia sedang mempertimbangkan untuk memisahkan syarikat itu kepada dua ketika ia berdepan tekanan memuncak untuk membaik pulih pentadbirannya semasa pemindahan kuasa penting dalam pengurusan atasan.

Pengumuman itu muncul ketika syarikat gergasi elektronik Korea Selatan itu berusaha untuk memastikan penggantian lancar bagi Lee Jae-Yong, naib pengerusi firma itu dan keturunan pengasas kumpulan induk Samsung, keluarga Lee.

Ia juga bergelut untuk menangani kejatuhan dari penarikan balik global ke atas telefon pintar Galaxy Note 7 yang berpunca dari bateri meletup serta skandal politik semakin hebat di Korea Selatan.

Bendera Samsung berkibar di luar ibu pejabat kumpulan Samsung di Seoul pada 29 November. Samsung Electronics berkata ia akan mempertimbangkan pemisahan syarikat kepada dua ketika ia berdepan tekanan untuk menstrukturkan semula pentadbirannya. – AFP
Bendera Samsung berkibar di luar ibu pejabat kumpulan Samsung di Seoul pada 29 November. Samsung Electronics berkata ia akan mempertimbangkan pemisahan syarikat kepada dua ketika ia berdepan tekanan untuk menstrukturkan semula pentadbirannya. – AFP

Firma itu berkata dalam satu kenyataan ia akan mempertimbangkan untuk memisahkan menjadi sebuah firma perniagaan dan unit operasi dan pengeluaran, dan akan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mengkaji pilihan itu.

Ia juga berkata akan meningkatkan pembayaran dividennya kepada pemegang saham kepada lebih 4 trilion won (AS$3.4 bilion) tahun ini, meningkat lebih 30 peratus dari tahun sebelumnya.

Pilihan lain termasuk rancangan untuk mencalonkan kira-kira seorang anggota lembaga bebas baru dengan ‘pengalaman korporat global’ bagi persetujuan semasa mesyuarat pemegang saham tahunan Mac depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA