Samsung umum gabungan dua unit

Samsung umum gabungan dua unit

SEOUL, 26 Mei (AFP) – Kumpulan Samsung mengumumkan hari ini penggabungan dua anggota gabungan utama, tatkala syarikat perniagaan Korea Selatan mempercepat usaha penyusunan semula sebelum pemindahan kuasa dalam keluarga pengasas Lee.

Perjanjian, diluluskan oleh lembaga kedua-dua syarikat, akan melihat syarikat pegangan de facto Samsung Cheil Industries, yang mempunyai saham daripada fesyen kepada taman tema, memperoleh anggota gabungan perniagaan am dan pembinaan Samsung C&T.

Penggabungan itu, yang dijangka selesai pada September sementara menunggu kelulusan daripada pemegang saham, akan melihat Cheil menawarkan 0.35 saham baru untuk setiap saham Samsung C&T.

Kedua-dua syarikat disenaraikan dalam pasaran saham Seoul, dengan Cheil bernilai pada 22 trilion won dan Samsung C&T 8.6 trilion won pada pagi ini.

Syarikat bergabung itu – yang akan menerima nama Samsung C&T – akan mensasarkan jualan tahunan berjumlah kira-kira 60 trilion won pada 2020, berbanding dengan jualan gabungan mereka sebanyak 34 trilion won pada 2014, kata Samsung dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA