Samsung yakin bertahan

Samsung yakin bertahan

SEOUL, 23 Mei (Reuters) – Daripada cara ia memilih komponen telefon pintar kepada model yang dibawanya ke pasaran, Samsung Electronics telah menjalani proses sukar untuk mengubah satu kemerosotan dalam perniagaan telefon mudah alihnya.

Misalnya, pengeluar telefon pintar terbesar di dunia itu menderita berhubung spesifikasi kamera untuk Galaxy S7 sehingga saat-saat terakhir, akhirnya mencabar konvensyen industri dengan memilih piksel yang kurang sebagai tukaran kepada ciri-ciri autofokus dan prestasi cahaya kecil, satu tindakan yang menyumbang kepada kejayaan awal.

Ia juga mengurangkan tawaran produknya, mengatasi tentangan dalam, sekali gus membolehkannya memperkemas pengeluaran, kata seorang eksekutif.

Perniagaan telefon mudah alih kini telah stabil, dan mencatat keuntungan terbaiknya dalam hampir dua tahun pada Januari-Mac, walaupun pertumbuhan industri telefon pintar yang rendah masih membuatkan Samsung mencari “keuntungan besar seterusnya.”

“Kami kini telah sampai ke satu tahap di mana kami boleh memperoleh keuntungan asas walaupun jika pasaran terbantut, asalkan kami tidak melakukan kesilapan teruk,” kata Kim Gae-youn, naib presiden yang bertanggungjawab ke atas perancangan produk telefon pintar Samsung. “Saya yakin kami boleh bertahan.”

Seorang model memegang telefon Galaxy S7 keluaran Samsung semasa pelancarannya baru-baru ini. - Reuters
Seorang model memegang telefon Galaxy S7 keluaran Samsung semasa pelancarannya baru-baru ini. – Reuters

Selepas mencapai kemuncak pada 2013, satu kemerosotan mendadak dalam keuntungan telefon bimbit mendedahkan Samsung sebagai perlahan dalam menyesuaikan diri kepada pasaran yang berubah: belanjawan perantinya adalah terlalu mahal dan tidak menarik berbanding produk yang ditawarkan oleh China dan versi Galaxy S tahun 2014 menemui kegagalan.

Ia mendorong satu pemecatan di kalangan eksekutif dan menimbulkan kebimbangan pelabur yang tidak mungkin dipulihkan oleh Samsung tatkala pesaing termasuk Apple dan Huawei Technologies dan Xiaomi di China memperoleh bahagian pasaran.

Tidak adanya penyelesaian menyeluruh. Sebaliknya, Samsung melancarkan penyusunan semula dua tahun lalu yang termasuk peralihan daripada pendekatan telefon-untuk-semua-keperluan kepada produk yang menekankan ekonomi ikut bidangan.

Ia mereformasikan rekaan, menggunakan rangka besi dan skrin melengkung dan memberikan ciri-ciri mewah seperti OLED skrin kepada produk rendah dan pertengahannya.

ARTIKEL YANG SAMA