Samudra RSC bersedia hadapi perlawanan

Para pemain Pasukan Samudra RSC sebelum perlawanan menentang Wisma FC baru-baru ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Sebanyak enam perlawanan diteruskan bagi Liga Coneli Veteran 2017 yang disertai oleh dua pasukan negara iaitu Pasukan Samudera RSC dan Pasukan PSJD FC yang kini berada di tangga teratas liga dengan berbaki satu perlawanan pada pertengahan bulan Mac depan.

Sementara itu, Pasukan Samudera RSC meskipun tidak berjaya meraih tiga mata penuh,  setelah terikat dengan Pasukan Wisma FC 2-2 yang menduduki tangga kelima liga.

Presiden Samudra RSC, Awang Kassim bin Haji Ibrahim menegaskan kehadiran pasukan di liga itu adalah untuk memberi cabaran kepada pasukan-pasukan bola sepak dari Sarawak dan bercita-cita untuk menempatkan pasukan itu berada di antara 10 pasukan terbaik. (Klik di sini untuk cerita lanjut)