Samurai Burger dengan 2 pati

Samurai Burger dengan 2 pati

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Restoran makanan segera McDonald Brunei menampilkan promosi baru bagi penggemar hidangan Samurai Burger, yang mana bermula esok ia juga boleh didapati dengan dua pati ayam, Double Chicken Samurai Burger.

Hidangan burger ini menampilkan daging ayam yang dipanggang tanpa tambahan bahan pengawet, dan dicelup ke dalam sos teriyaki yang manis. Hidangan burger McDonald pastinya tidak lengkap tanpa salad segar dan sos istimewa yang menjadikan rasanya lebih unik.

Bagi menambah lagi cita rasa Jepun, McDonald turut memperkenalkan minuman menyegarkan Sakura McFizz.

Chicken Samurai Burger (satu atau dua pati) ini boleh didapati secara ala carte atau secara set bersama kentang goreng dan McFizz.

Set Chicken Samurai Burger.
Set Chicken Samurai Burger.

ARTIKEL YANG SAMA