‘Samurai’ dijatuhi hukuman

‘Samurai’ dijatuhi hukuman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Seorang lelaki tempatan dijatuhi setahun enam bulan penjara dan tiga kali sebatan atas pertuduhan memiliki senjata tajam berbentuk katana dan menyebabkan kecederaan kepada tiga orang lelaki.

pg06_160909_mahkamah-logo2

Shamsul Bahri bin Abdullah, 43, didakwa memiliki katana di tempat awam, dan menggunakannya untuk mencederakan seorang lelaki di kawasan letak kereta bertingkat Abdul Razak Holdings dan turut didakwa menggunakan ‘nunchak’ terhadap seorang lelaki lain di terminal bas dan menendang seorang lagi lelaki berulang kali di mukanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Mei 2016, 7 Oktober 2015 dan 2 Ogos 2015.

ARTIKEL YANG SAMA