Sanchez belum boleh beraksi

Sanchez belum boleh beraksi

LONDON, 8 Jan (Reuters) – Pemain penyerang Alexis Sanchez tidak akan beraksi dalam pusingan ketiga Piala FA, Arsenal menentang Sunderland sebagai langkah berjaga-jaga, pengurus pasukan, Arsene Wenger mengesahkannya.

Pemain dari Chile itu direhatkan selama lebih dari sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring menentang Norwich City pada 29 Nov.

Dia dijangka akan kembali ke pasukan itu sebelum Krismas tetapi mengalami kekecewaan yang menangguhkan pemulihannya, dan Wenger tidak bersedia untuk menanggung risiko dengan menyatakan bahawa Arsenal mempunyai perlawanan–perlawanan penting Liga Perdana menentang Liverpool dan Stoke City minggu depan.

“Berita buruk minggu ini Alexis belum begitu bersedia. Ia adalah langkah berjaga–jaga kerana kecederaan hamstringnya, dan ia mengambil masa beberapa hari lagi. Dia tidak begitu teruk tetapi dia belum bersedia,” pengurus dari Perancis itu memberitahu melalui laman sesawang kelab (www.arsenal.com).

Arsene Wenger membuat keputusan untuk tidak memainkan Sanchez sebagai langkah berjaga-jaga kerana kecederaannya sebelum ini. – Reuters
Arsene Wenger membuat keputusan untuk tidak memainkan Sanchez sebagai langkah berjaga-jaga kerana kecederaannya sebelum ini. – Reuters

Pasukan Gunners mencatatkan kelebihan dua mata di tangga teratas Liga Perdana di depan Leicester City dan Wenger juga mahu memenangi Piala FA bagi kali ketiga berturut–turut.

“Pemikiran itu akan memberikan segalanya untuk layak,” katanya.

“Kami adalah pemegang piala dan saya tahu dengan pengalaman bahawa ia adalah penting anda berada dalam persaingan dan anda berjaya pusingan ketiga. Ia begitu mengelirukan, pusingan ketiga.”

Pengurus itu juga mengesahkan pemain midfield, Mikel Arteta juga cergas bagi pemilihan untuk kali pertama sejak 21 November, sementara Tomas Rosicky akan kembali kepada latihan penuh minggu depan ketika dia sudah hampir untuk kembali daripada kecederaan lutut.

ARTIKEL YANG SAMA