Sanchez inspirasi Arsenal

Sanchez inspirasi Arsenal

LONDON, 25 Nov (AFP) – Arsenal terus menghidupkan harapan mereka untuk layak bagi pusingan 16 Liga Juara–Juara ketika Alexis Sanchez memberikan inspirasi kemenangan 3-0 menentang Dinamo Zagreb semalam.

Pasukan Arsene Wenger berada dalam bahaya penyingkiran lebih awal selepas tewas empat perlawanan pertama Kumpulan F, tetapi pemain sayap dari Chile itu menjadi pemangkin bagi keputusan itu, digabungkan dengan kemenangan Bayern Munich 4-0 ke atas Olympiakos, membaharui kepercayaan Arsenal untuk mara ke peringkat kalah mati bagi 16 tahun berturut–turut.

Sanchez memberikan umpanan untuk jaringan pembukaan separuh masa pertama menerusi Mesut Ozil di Stadium Emirates, kemudian menjaringkan golnya sebelum rehat dan melengkapkan kutipan mata dengan gol keduanya pada akhir perlawanan. Pasukan Gunners masih mempunyai tugasan yang perlu dilakukan, ketika mereka berdepan dengan kemunculan pusingan 16 bersama Olympiakos dalam perlawanan kumpulan akhir mereka pada 9 Disember depan.

Olympiakos di tangga kedua, pemenang perlawanan 3-2 apabila keduanya bertemu awal kempen itu, tiga mata di depan Arsenal dan pasukan dari utara London itu hanya akan mara jika menang di Greece sama ada dengan margin dua gol atau satu gol setelah menjaringkan tiga atau lebih banyak gol.

Sanchez meraikan jaringan semasa menentang Dinamo Zagreb di Stadium Emirates semalam. – Reuters
Sanchez meraikan jaringan semasa menentang Dinamo Zagreb di Stadium Emirates semalam. – Reuters

Walaupun tugasan sukar itu dilihat satu tugasan bagi Arsenal selepas mereka berjaya menghadapi apa yang dilihat sebagai pengalaman menggentarkan menentang Dinamo yang menang 2-1 ke atas pasukan Wenger September lalu memainkan peranan besar dalam kesukaran mereka.

“Ia menjanjikan perlawanan menarik menentang Olympiakos, tetapi sekurang-kurangnya kami berpeluang,” kata Wenger. “Kita akan memberikan segalanya untuk kekal dalam Liga Juara–Juara.”

Dengan kempen Eropah mereka hanya nyawa-nyawa ikan, Wenger membuat dua perubahan daripada pasukan yang tewas kepada West Bromwich Albion Sabtu lalu ketika Mathieu Flamini dan Joel Campbell menggantikan Francis Coquelin dan Kieran Gibbs.

ARTIKEL YANG SAMA