Sanchez pamer...

Sanchez pamer standard dunia

LONDON, 17 Mei – Alexis Sanchez terus menghidupkan harapan tipis Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara apabila pemain dari Chile itu mematahkan persaingan Sunderland untuk melengkapkan kemenangan 2-0 awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Arsene Wenger bergelut untuk menewaskan Sunderland yang sudah tersingkir sehingga Sanchez menjadi penyelamat dengan dua gol pada separuh masa kedua di Stadium Emirates.

Biarpun enggan untuk menandatangani kontrak baru, Sanchez masih menjadi satu-satunya pemain Arsenal yang secara konsisten mempamerkan permainan standard dunia dan bekas pemain penyerang Barcelona itu, beraksi biarpun mengalami kecederaan paha baru-baru ini, satu-satunya alasan yang mereka masih ada peluang tipis untuk menamatkan empat tangga teratas.

Dalam realiti, Gunners yang berada di tangga kelima memerlukan keajaiban ke Liga Juara-Juara bagi 20 musim berturut-turut.

Bintang Arsenal, Sanchez (kiri) ketika membuat percubaan ke gawang Sunderland, namun cuba dihadang oleh John O’Shea dalam aksi Liga Perdana di Stadium Emirates. Gol-gol Sanchez terus menghidupkan harapan tipis Arsenal ke Liga Juara-Juara. – AP
Bintang Arsenal, Sanchez (kiri) ketika membuat percubaan ke gawang Sunderland, namun cuba dihadang oleh John O’Shea dalam aksi Liga Perdana di Stadium Emirates. Gol-gol Sanchez terus menghidupkan harapan tipis Arsenal ke Liga Juara-Juara. – AP

Kemenangan keenam Arsenal dalam tujuh perlawanan mereka yang lalu memastikan mereka ketinggalan satu mata di belakang Liverpool yang menghuni tangga keempat, tetapi terdapat berita kurang menyenangkan dari Eastlands, di mana Manchester City menewaskan West Bromwich Albion untuk mengekalkan pendahuluan tiga mata ke atas pasukan kendalian Wenger itu.

Arsenal menghoskan Everton pada Ahad ini, sementara Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Middlesbrough dan City yang berada di tangga ketiga membuat kunjungan ke Watford.

Jika Liverpool menang dan City menghindarkan kekalahan, Arsenal tidak akan beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh dua dekad, walaupun mereka menamatkan musim ini dengan kemenangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA