Sanchez sudah cukup sedia

Sanchez sudah cukup sedia

LONDON, 31 Jan – Pengurus Arsenal Arsene Wenger percaya Alexis Sanchez sudah sedia untuk bermain sepenuh masa musim ini selepas kemenangan memberangsangkan pihaknya di saingan Piala FA ke atas Burnley.

Penyerang Chile itu membuat penampilan pertamanya selepas terpaksa disingkirkan selama dua bulan akibat masalah hamstring dengan kemenangan 2-1 di pusingan keempat di Stadium Emirated kelmarin.

Sanchez memberi umpanan kepada Calum Chamber pada minit ke-19 sebelum menjaringkan gol kemenangan dan Wenger amat berharap kehadirannya akan memberi manfaat kepada kelab tatkala mereka kini memburu Piala FA, Liga Perdana dan Liga Juara-juara.

“Dia sudah cukup rehat sekarang. Ia benar bahawa ketika dia cedera, anda boleh melihat tanda-tanda keletihan. Dua bulan rehat adalah sesuatu yang baik!” kata Wenger.

“Secara keseluruhannya saya tidak begitu bimbang mengenai kecergasannya. Dua minggu lepas dia berada di sana secara fizikal, namun kami mempunyai beberapa kebimbangan mengenai otot-ototnya.

“Dia berupaya menghadapi ini dan anda boleh lihat secara fizikal dia cukup sedia.”

Sanchez disertai oleh Francis Coquelin dalam barisan Arsenal, yang juga kembali dari kecederaan selama dua bulan selepas menghadapi masalah lutut apabila menentang West Bromwich Albion.

Wenger mengakui bahawa dia tidak pasti sama ada permain pertahanan midfield akan ada, apabila mengambil keputusan untuk tidak memilihnya apabila menentang Chelsea minggu lepas.

Namun dia berpuas hati dengan kembalinya Coquelin dan berkata: “Saya tidak menjangka dia sudah boleh dimainkan. Saya fikir ia terlalu awal untuk perlawanan dengan Chelsea, namun pada perlawanan ini dia nampak selesa tanpa sebarang masalah.”

Wenger juga memainkan perlawanan pertama buat Mohamed Elneny, pemain midfield Egypt yang dibeli dari kelab Basel yang dilaporkan menerima bayaran pemindahan 5 juta pound (AS$7.2 juta) bulan ini. – AFP