Sanchez, Vidal ketuai kempen Chile

Sanchez, Vidal ketuai kempen Chile

SANTIAGO, 24 Ogos – Jurulatih Chile, Juan Antonio Pizzi mengumumkan nama pemain yang akan memikul cabaran skuad juara Amerika Selatan itu bagi mengharungi kelayakan Piala Dunia 2018.

Chile yang menewaskan Argentina menerusi penentuan penalti pada final Copa America dua bulan lalu bagi mempertahankan gelaran, ketika ini menggenggam slot automatik keempat dan terakhir Amerika Selatan untuk Piala Dunia di Rusia.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Pizzi menyenaraikan 18 pemain dalam skuad itu semalam, yang mana disertai penyerang Arsenal Alexis Sanchez, pemain tengah Bayern Munich Arturo Vidal dan penjaga gol Claudio Bravo yang dikhabarkan sedang dalam pemindahan dari Barcelona ke Manchester City.

Lima pemain daripada liga Chile bakal menyertai skuad itu bagi melengkapkan senarai 23 pemain. Paraguay bakal bertemu Chile pada 1 September ini sebelum Bolivia berkunjung ke Santiago pada 6 September ini.

Sanchez antara pemain ber-pengalaman yang menjadi tulang belakang Chile untuk kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia. – AFP
Sanchez antara pemain ber-pengalaman yang menjadi tulang belakang Chile untuk kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia. – AFP

Penjaga gol skuad Chile ialah Claudio Bravo (Barcelona/ESP), barisan pertahanan terdiri daripada Mauricio Isla (Cagliari/ITA), Gary Medel (Inter Milan/ITA), Enzo Roco (Cruz Azul/MEX), dan Eugenio Mena (Sao Paulo/BRA)

Untuk bahagian tengah, Pizzi memilih Marcelo Diaz (Celta Vigo/ESP), Francisco Silva (Cruz Azul/MEX), Felipe Gutierrez (Real Betis/ESP), Arturo Vidal (Bayern Munich/GER), Erick Pulgar (Bologna/ITA), Charles Aranguiz (Bayer Leverkusen/GER), Matias Fernandez (Fiorentina/ITA) dan Rodrigo Millar (Monarcas Morelia/MEX)

Sementara jentera sera-ngan mereka pula terdiri daripada Alexis Sanchez (Arsenal/ENG), Fabian Orellana (Celta Vigo/ESP), Mauricio Pinilla (Atalanta/ITA), Edson Puch (Necaxa/MEX) dan Eduardo Vargas (Hoffenheim/GER). – AFP