Sanchez, Vidal terajui skuad Copa Chile

Sanchez, Vidal terajui skuad Copa Chile

SANTIAGO, 17 Mei (AFP) – Alexis Sanchez (gambar) dan Arturo Vidal disenaraikan dalam skuad 23 pemain Chile bagi mengharungi saingan Copa America Centenario, bulan depan.

Bos Chile, Juan Antonio Pizzi akan bergantung sepenuhnya kepada tonggak pasukan itu yang turut membantu kemenangan Copa America tahun lalu apabila menewaskan Amerika Selatan, apabila saingan akan disingkap tirainya 3 Jun ini di Amerika Syarikat.

Sanchez yang juga bintang Arsenal dan Vidal pemain tengah Bayern Munich, akan menyertai pemain veteran lain selepas kempen 2015 yang berjaya termasuklah Claudio Bravo, Gary Medel dan Charles Aranguiz.

Bagaimanapun, tiada tempat bagi pemain berbakat Jorge Valdivia, antara tonggak ketika kejayaan pasukan di Copa pada tahun lalu.

pg21_160518_b

Valdivia, 32, menandatangani perjanjian mahal bersama kelab Emiriah Arab Bersatu, Al Wahda pada tahun lalu, dengan meninggalkan kelab Brazil, Palmeiras selepas lima tahun. Pizzi tampil memberi alasan pemilihan kelab menyebabkan Valdivia dipinggirkan.

“Kami menilai daripada banyak faktor dalam memilih atau tidak memilih,” kata Pizzi seperti yang dipetik media Chile. “Ini termasuk tahap kejohanan yang mereka bermain dan di mana tahap mereka.”

SKUAD CHILE

PENJAGA GOL: Claudio Bravo (Barcelona/ESP), Johnny Herrera (Universidad Chile/CHI) dan Cristopher Toselli (Universidad Catolica/CHI).

PERTAHANAN: Mauricio Isla (Marseille/FRA), Jose Pedro Fuenzalida (Universidad Catolica/CHI), Gonzalo Jara (Universidad Chile/CHI), Gary Medel (Inter Milan/ITA), Enzo Roco (Espanyol/ESP), Eugenio Mena (Sao Paulo/BRA) dan Jean Beausejour (Colo-Colo/CHI) .

MIDFIELD: Marcelo Diaz (Celta Vigo/ESP), Francisco Silva (Chiapas/MEX), Erick Pulgar (Bologna/ITA), Arturo Vidal (Bayern Munich/GER), Matias Fernandez (Fiorentina/ITA), Charles Aranguiz (Bayer Leverkusen/GER) dan Pedro Pablo Hernandez (Celta Vigo/ESP).

PENYERANG: Fabian Orellana (Celta Vigo/ESP), Edson Puch (Universidad de Quito/ECU), Alexis Sanchez (Arsenal/ENG), Mauricio Pinilla (Atalanta/ITA), Nicolas Castillo (Universidad Catolica/CHI) dan Eduardo Vargas (Hoffenheim/GER).

ARTIKEL YANG SAMA