Sanders bidas Clinton

Sanders bidas Clinton

CHARLESTON, S C, 18 Jan – Calon Rumah Putih Demokrat Bernie Sanders terus membidas calon yang disebut-sebut akan menang, iaitu Hillary Clinton semalam dalam satu perdebatan yang menimbulkan perbalahan dari empat perdebatan, dengan menuduhnya menjalin hubungan baik dengan Wall Street dan salah menggambarkan pendiriannya tentang penjagaan kesihatan dan senjata.

Dengan membayangkan kebangkitan Sanders, dalam tinjauan pendapat, kedua-duanya bersaing dengan kepentingan baru tentang siapa yang sangat sesuai menerajui Demokrat dalam pilihan raya bulan November. Sanders membayangkan dirinya sebagai orang luar yang akan menerajui revolusi politik, manakala Clinton memperlihatkan pengalamannya dan menerima legasi Presiden Barack Obama.

Dalam perdebatan terakhir mereka yang disiarkan di televisyen sebelum kokus Iowa melancarkan persaingan pencalonan pada 1 Februari, Clinton membangkitkan soalan tentang kedudukan sosialis demokrat tersendiri pada reformasi Wall Street, penjagaan kesihatan dan kawalan senjata.

Sanders berundur pada setiap pertukaran. Dia menggambar Clinton sebagai pembela status quo yang menerima ratusan ribu dolar bayaran ceramah sebagai bekas setiausaha negara dari penyokong-penyokong Wall Street.

Hillary Clinton (kiri) menyampaikan hujah manakala Bernie Sanders (kanan) mendengarnya di NBC News - YouTube dalam perdebatan calon presiden Parti Demokratik di Charleston. - REUTERS
Hillary Clinton (kiri) menyampaikan hujah manakala Bernie Sanders (kanan) mendengarnya di NBC News – YouTube dalam perdebatan calon presiden Parti Demokratik di Charleston. – REUTERS

Dia merujuk kepada bilangan tinjauan pendapatnya yang kian meningkat dalam pengundian awal di negeri-negeri Iowa dan New Hampshire, yang mana dia malah mendahului Clinton, dengan mengatakan dia percaya dia boleh mengembangkan bilangan penyokongnya untuk memasukkan lebih ramai pengundi berketurunan Afrika-Amerika.

Dia mengatakan apabila kempen presidennya bermula, Clinton 50 peratus mengatasinya dalam tinjauan pendapat.

Perdebatan itu ekoran ketegangan meningkat selama seminggu antara dua calon-calon terkemuka. Sanders ketara sekali lebih bersemangat dari perdebatan lalu, kadangkala mengerutkan muka dan menggelengkan kepala ketika jawapan Clinton.

Clinton berkata dia akan membina agenda Obama, dengan menuduh Sanders mengundi untuk membatalkan kawal selia pasaran kewangan dalam tahun 2000 dalam cara yang membawa kepada punca kejatuhan kewangan pada tahun 2008 yang membawa ekonomi AS kepada kemelesetan teruk. – Reuters