Sane jalani ujian perubatan di Man City

Sane jalani ujian perubatan di Man City

GELSENKIRCHEN, Jerman, 2 Ogos – Leroy Sane semakin hampir melengkapkan perpindahan bernilai AS$55.8 juta ke Manchester City apabila tiba untuk menjalani ujian perubatan, umum kelabnya Schalke 04, kelmarin.

Sekiranya perpindahan itu berjalan lancar, dan mencapai persetujuan AS$55.8 juta, ia akan menjadikan Sane pemain termahal sepanjang zaman Jerman.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu dianggap sebagai bintang muda paling menyinar dalam skuad Jerman ketika ini.

Sane membuat empat penampilan bersama Jerman setakat ini dan kali terakhir diturunkan juara dunia itu adalah ketika tewas 2-0 kepada skuad tuan rumah Perancis di separuh akhir Euro 2016.

Man City membelanjakan AS$55.8 juta untuk menambat Sane dari Schalke 04. – AFP
Man City membelanjakan AS$55.8 juta untuk menambat Sane dari Schalke 04. – AFP

Sane, yang meledak lapan gol dalam 33 penampilan Bundesliga musim lalu, tidak dibawa Schalke menyertai kem latihan pra-musim di Austria pada Isnin lalu.

The Royal Blues of Gelsenkirchen mengesahkan dia kini berada di Manchester di mana dia dijangka akan mengikat kontrak selama lima tahun untuk bekerja di bawah Pep Guardiola. – AFP