Sanggup potong kaki, tangan untuk tuntut insurans

Sanggup potong kaki, tangan untuk tuntut insurans

HANOI, 25 Ogos – Seorang wanita Vietnam membayar seorang rakannya untuk memotong kaki dan tangannya dalam bidaan untuk menuntut bayaran insurans, lapor media milik kerajaan hari ini.

Wanita itu, dikenali sebagai L. T. N., diperiksa di sebuah hospital Hanoi pada Mei dengan satu pertiga daripada kaki kirinya dan satu pertiga tangan kirinya putus, namun doktor-doktor memberitahunya mereka tidak boleh menyambung semula anggota yang putus itu.

Dia kemudian memberitahu polis yang dia dilanggar oleh sebuah kereta api ketika berjalan di landasan itu dan diselamatkan oleh rakannya, Doan Van D., menurut akhbar edisi Bahasa Inggeris Tuoi Tre.

Perempuan berusia 30 tahun itu menyerahkan tuntutannya kepada syarikat insurans untuk 3.5 bilion dong (AS$130,000), sejumlah nilai yang besar di Vietnam di mana purata pendapatan bulanan adalah AS$2,100.

Namun pihak berkuasa dapat menghidu penipuan itu.

“N. telah mengupah D. untuk memotong tangan dan kakinya, kemudian mereka membuat laporan maklumat palsu kepada polis,” kata ketua polis Bac Tu Liem, Nguyen Thanh Tung, menurut akhbar berkenaan.

Polis Hanoi enggan untuk memberi komen kepada AFP tentang kes itu, namun laporan mengatakan wanita itu menawarkan rakannya sekitar AS$2,000 untuk melakukan tindakan berdarah itu.

“Perkara memalukan terbesar adalah daripada sebaliknya N., gagal menuntut wang tersebut, dia telah mengalami kerugian besar dengan kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya,” kata Tung dipetik sebagai berkata.

Wanita itu telah dirawat atas kecederaan itu, tambah akhbar tersebut, dan polis sedang menilai sama ada dia seharusnya didakwa dengan konspirasi untuk mencuri aset berkenaan.

“Kesnya itu telah memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak cuba menipu pihak insurans dengan menjejaskan kesihatan mereka sendiri,” kata Tung, menambah bahawa ia adalah kes pertama sejenisnya yang pernah dilihatnya di Vietnam. – AFP