Sangkal segala komen negatif – Steve Kean

Sangkal segala komen negatif – Steve Kean

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC Steve Kean (gambar) menyangkal keras hentaman media terhadap kekalahan di dalam perlawanan akhir piala liga The New Paper 2016 menentang Albirex Niigata FC (S) tempoh hari.

“Kami bermain dengan baik di dalam permain perlawanan akhir dan pada saya semua komen negatif yang dibuat oleh media perlu saya sangkal kerana mereka pemain menunjukkan permainan yang sangat positif” ujarnya.

Beliau ketika ditemui sebelum perlawanan menentang pasukan itu sekali lagi di dalam Liga Singapura 2016 dan ia merupakan perlawanan pertama di tempat sendiri selepas beberapa bulan bermain di tempat lawan.

“Pada perlawanan itu kita mungkin saja sukar untuk mendapatkan penyudah namun pada saya itu perkara kedua kerana mereka sudah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meraih kejayaan dan pada saya mereka telah berjaya meskipun tidak pulang bersama piala” tegasnya.

Mengulas mengenai perlawanan esok Steve Kean menegaskan bahawa menentang mereka (Albirex) di tempat sendiri para pemain perlu lebih fokus terutama di bahagian pertahanan dan tidak membiarkan sebarang serangan berhasil di pihak pelawat.

pg23_160805_b

“Saya akan menurunkan Azam pada perlawanan esok bagi menggantikan Poalo Sergio yang kini masih di dalam penggantungan akibat kad merah sebelum ini dan kita perlu lebih agresif dalam perlawanan esok untuk berhadapan kesebelasan utama Albirex.”

Menurutnya pemain perlu memanfaatkan peluang yang ada dan tidak memberikan ruang untuk mereka bergerak pada perlawanan esok malam di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

“Azwan Salleh akan berperanan untuk mengawal penyerang Albirex esok dan saya yakin beliau boleh melakukannya dengan baik” ujarnya lagi sebelum mengulas mengenai permainan Adi said yang padanya sangat memberangsangkan.

Menurut beliau lagi, “Adi perlu meneruskan prestasi permainannya untuk membantu Rafa dalam perlawanan esok kerana saya percaya jika pemain tengah kita berfungsi sebaiknya mereka boleh menjadi gabungan yang berbisa di tempat sendiri.”

Sebelum mengakhiri temu bual di Mini Stadium Jerudong hari ini beliau menegaskan Rafa perlu diberikan peranan kepada bahagian serangan terutama dalam hantaran tinggi di dalam zon pertahanan lawan dan itu adalah antara taktik yang boleh digunakan di dalam perlawanan itu.

ARTIKEL YANG SAMA