Santap bersama pasukan beruniform

Santap bersama pasukan beruniform

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, malam ini, berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai yang Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam yang Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-70 tahun di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Turut berangkat ke Majlis Santap Malam yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri, DYTM Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Pengiran Perdana Wazir dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai yang Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam yang Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-70 tahun di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli kerabat diraja yang lain ketika berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai yang Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam yang Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 tahun di Istana Nurul Iman.

pg04_160718_a

pg04_160718_b

Ahli-ahli kerabat diraja yang turut berangkat ke majlis santap tersebut.
Ahli-ahli kerabat diraja yang turut berangkat ke majlis santap tersebut.

Terdahulu, Majlis Persantapan dimulakan dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Di majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan beramah-mesra dan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan anggota pasukan beruniform yang terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Unit Simpanan Gurkha, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta Jabatan Penjara.

pg04_160718_e

Para jemputan yang hadir pada majlis itu.
Para jemputan yang hadir pada majlis itu.

pg04_160718_h

pg04_160718_f

Baginda Sultan juga berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada ahli-ahli pertubuhan sukarelawan antaranya Kadet ABDB, Kadet PDB, Kadet Bomba dan Penyelamat, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

Berangkat dan hadir sama ialah Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri hulubalang, para perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA